X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Lebih 22 juta populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin

Sebanyak 22,013,263 atau 94 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksin Covid-19. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,013,263 atau 94 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Selasa, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.

Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus atau 22,764,203 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat Selasa juga, 134,684 dos suntikan vaksin telah diberikan melibatkan 118,575 suntikan dos lengkap dan 14,744 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 48,181,111.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 1,039,689 atau 33 peratus individu telah lengkap vaksin, manakala 79.1 peratus atau 2,491,822 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula 8 September lepas.

Dalam pada itu, sejumlah 1,365 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 32,121. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!