Lebih 400 juta orang terjejas akibat ribut pasir di utara China

Keadaan ribut pasir di Shenyang, di wilayah Liaoning timur laut China pada Selasa. - Foto AFP
Keadaan ribut pasir di Shenyang, di wilayah Liaoning timur laut China pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Ribut pasir yang melanda Beijing dan wilayah lain di utara China menjejaskan kira-kira 409 juta penduduk, menurut Kementerian Hutan.

Indeks pencemaran udara Beijing mencacatkan skala 1300 pada petang Isnin, manakala skala 150 sudah dianggap 'tidak sihat'.

Ribut berkenaan mengurangkan jarak penglihatan kepada beberapa puluh meter, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik Global Laporan akhbar Times.

Ribut pasir dari selatan Mongolia itu kini melanda kawasan utara China termasuk Inner Mongolia, Heilongjiang dan Xinjiang yang menjejaskan kawasan seluas 2.29 juta kilometer persegi, menurut kementerian itu.

Setakat tahun ini, utara China mengalami lebih banyak ribut pasir berbanding purata sejak sepuluh tahun yang lalu, menurut Pusat Cuaca. - Bernama-dpa