Khairul Aming terima lebih 1 juta undi

Khairul Aming. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Khairul Aming. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

PEMPENGARUH media sosial, Khairul Aming telah menerima 1.3 juta undian (setakat artikel ini ditulis) sekali gus mendahului finalis bagi kategori People's Choice: Creator Of The Year.

Selain Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, antara lain yang tercalon dalam kategori sama ialah Ceddy, akaun TikTok @ceddyornot; Boss James (@bossjames_eo); Sally (@sallywhoo); Auntie Purple (@auntiepurple248); dan Lawyer Gandhi (@lawyerghandi).

Lelaki berusia 31 tahun yang ditemui pada majlis sidang media dan pelancaran Tik Tok Award 2023 baru-baru ini mengakui meletakkan harapan untuk menang.

"Tentu sekali saya tak nak kalah dan saya sibuk berkempen, bukan untuk saya sahaja tetapi juga finalis yang lain," ujarnya.

Berkongsi permulaannya menghasilkan video di platform TikTok, anak jati Kelantan ini mengakui berasa agak janggal pada mulanya, tetapi kini sudah menjadikan TikTok sebagai platform utama.

"Dulu video yang saya hasilkan dalam bentuk horizontal, tetapi di TikTok harus dalam bentuk vertical.

"Banyak sebenarnya perbezaan kerana TikTok sukakan video yang santai, bagaimanapun saya tetap seronok hasilkan video di platform ini walaupun banyak saingan.

Artikel Berkaitan:

Khairul Aming telah menerima 1.3 juta undian (setakat artikel ini ditulis) sekali gus mendahului finalis bagi kategori People's Choice: Creator Of The Year.
Khairul Aming telah menerima 1.3 juta undian (setakat artikel ini ditulis) sekali gus mendahului finalis bagi kategori People's Choice: Creator Of The Year.

"Saingan itu juga bermakna industri pencipta kandungan video semakin kreatif dan berdaya saing," jelasnya yang pernah menjual 10,000 botol sambal menerusi TikTok.

Selain Creator of the Year, enam lagi yang berada dalam kategori Pilihan Popular (People’s Choice) adalah Rising Star of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year.

Acara anugerah julung kali diadakan itu turut memperkenalkan tujuh kategori Judge's Pick iaitu Best of Fashion & Beauty, Best of Entertainment, Best of Gaming, Best of Sports, Best of Education dan Best of Foodie,

Pemenang akan diumumkan pada malam kemuncak TikTok Awards Malaysia 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos depan.

TikTok Awards ialah acara anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang merangkumi pelbagai latar belakang dan bidang.

Bagi meraikan acara terbesar berkenaan, Sinar Harian akan bekerjasama sebagai media strategik untuk menyokong dan meraikan kejayaan pencipta kandungan yang kreatif, memberi inspirasi dan pendidikan.