Arteta tuntut Arsenal kekal rentak positif

ARTETA
ARTETA
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengharapkan lebih banyak peningkatan yang dapat dipamerkan para pemainnya untuk bangkit daripada permulaan hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Gunners mula menampilkan kebangkitan dalam saingan EPL dengan melakar tiga kemenangan dan satu seri dalam empat perlawanan terakhir selepas menampilkan permulaan kurang meyakinkan dalam tiga aksi awal liga.

Arteta juga mengharapkan para pemainnya akan dapat mengekalkan momentum dan melakar kemenangan dalam pertemuan menentang Crystal Palace di Emirates pada Selasa ini.

"Kami berjaya menukar prestasi hambar kami kepada rentak kemenangan pada cuti rehat antarabangsa lalu, namun masih banyak yang perlu kami perbaiki.

"Kami juga mendapat keputusan penting yang sangat diperlukan pada saat itu dan kami hanya perlu memikirkan untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik selain memenangi perlawanan yang seterusnya.

"Ini adalah peluang yang diberikan dan kami perlu terus percaya, bekerja keras, bersikap kritis dan menganalisis sesuatu untuk mengubahnya dan memperbaikinya. Bola sepak selalu memberi anda peluang.

"Kami tahu bahawa kami harus mendapatkan mata sebanyak mungkin, dan kami berjaya melakukannya dengan baik dan berada di posisi yang berbeza daripada sebulan yang lalu," katanya.

Dalam pada itu, Arteta mengakui jentera serangan Arsenal perlu lebih tajam selepas hanya merekodkan lima gol daripada tujuh perlawanan EPL.

Artikel Berkaitan:

"Jentera serangan adalah sesuatu yang kita boleh fikirkan untuk ditambah baik dan apabila penyerang sudah menemui rentak, ia akan membantu pasukan mendapat lebih banyak kemenangan," katanya.