301 guru masih belum terima vaksin di Pahang

Mohammad Rosli dan Mohd Yusri mempengerusikan (bersama) Mesyuarat Pemaufakatan Antara PDRM Pahang dan JPN Pahang Bil 2/2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Rabu.
Mohammad Rosli dan Mohd Yusri mempengerusikan (bersama) Mesyuarat Pemaufakatan Antara PDRM Pahang dan JPN Pahang Bil 2/2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengenalpasti seramai 301 guru di negeri ini yang masih belum menerima vaksin.

Pengarahnya, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata, guru terlibat diberi tempoh sehingga 1 November depan untuk berbuat demikian.

Menurutnya, tindakan bakal diambil terhadap guru yang gagal mengambil vaksin selepas tempoh itu bergantung kepada arahan selanjutnya dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Sehingga kini program vaksinasi dalam kalangan guru di negeri ini mencapai 98.38 peratus manakala 99.04 peratus dalam kalangan kakitangan bukan guru.

"JPN Pahang menjangkakan bilangan penerima vaksin dalam kalangan guru di negeri ini akan meningkat menjelang 1 November depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Pemuafakatan Antara Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang dan JPN Pahang Bil 2/2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Artikel Berkaitan:

Mohammad Rosli dan Mohd Yusri bertukar sijil penghargaan selepas mempengerusikan (bersama) Mesyuarat Pemaufakatan Antara PDRM Pahang dan JPN Pahang Bil 2/2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Rabu.
Mohammad Rosli dan Mohd Yusri bertukar sijil penghargaan selepas mempengerusikan (bersama) Mesyuarat Pemaufakatan Antara PDRM Pahang dan JPN Pahang Bil 2/2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, bagi program vaksinasi pelajar sekolah berusia 12 tahun di Pahang mencapai 80.6 peratus, pelajar 13 hingga 15 tahun (84.36 peratus) dan pelajar berusia 16 hingga 17 tahun (86.55 peratus).

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, tiada pelajar terlibat dalam kegiatan gangsterisme di negeri ini.

Menurutnya, pembabitan pelajar dalam salah laku jenayah, pelanggaran undang-undang jalan raya dan penyalahgunaan dadah juga tidak membimbangkan malah menunjukkan penurunan.

"Bagaimanapun kes-kes melibatkan buli, seksual dan merokok agak tinggi namun terkawal dan tidak membimbangkan.

"Itu antara isu-isu yang diberi perhatian dalam mesyuarat permaufakatan bersama JPN Pahang hari ini bagi memastikan kes-kes jenayah melibatkan pelajar dapat ditangani," katanya.

Beliau berharap kes-kes salah laku pelajar dapat diselesaikan di peringkat sekolah kecuali melibatkan kes-kes jenayah serius.

"Pihak polis akan memberi kerjasama dalam menangani isu ini melalui peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

"Justeru untuk perancangan tahun hadapan, peranan PPS akan dimantapkan lagi melalui siri kursus, seminar dan bengkel. Selain itu Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah juga akan diperluaskan melalui kerjasama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)," katanya.