X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

88.5 peratus populasi dewasa di Melaka lengkap divaksinasi

Kadar vaksinasi populasi dewasa bagi negeri Melaka yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 sudah mencapai 88.5 peratus.
A
A

KUALA LUMPUR – Kadar vaksinasi populasi dewasa bagi negeri Melaka yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 sudah mencapai 88.5 peratus.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, angka itu membuktikan kadar vaksinasi di Melaka bukan antara yang terendah.

“Kadar vaksinasi di Melaka sehingga 5 Oktober 2021 ialah 91.4 peratus populasi dewasa negeri telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan sebanyak 88.5 peratus sudah lengkap dos.

“Kadar pencapaian ini melebihi kadar vaksinasi populasi dewasa kebangsaan sebanyak 88.4 peratus.

“Agihan bekalan negeri Melaka bagi bulan September 2021 sebanyak 435,750 dos. Ini menunjukkan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu berada di landasan yang tepat menuju matlamat yang disasarkan,” katanya ketika Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shamsul Iskandar (PH- Hang Tuah Jaya) yang mahu tahu sejauh mana perancangan kementerian dalam merancakkan lagi pemberian vaksin harian dan apakah program vaksin bergerak (mobile vaccine) boleh dilaksanakan secara menyeluruh.

Shamsul Iskandar turut mempersoalkan mengapa Melaka menjadi antara negeri yang rendah kadar vaksinasi.

Sebelum itu, Ahmad Amzad menjelaskan, antara program vaksin bergerak yang telah dilaksanakan adalah Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) iaitu inisiatif bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Katanya, pasukan sedang digerakkan secara berperingkat ke seluruh negara bagi membantu proses vaksinasi melalui pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri-negeri.

“Untuk perancangan selanjutnya, Movak menyasarkan pelaksanaan vaksinasi terhadap remaja di kawasan projek perumahan awam (PPR) yang tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Secara keseluruhan, sebanyak 84,868 dos suntikan telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Outreach Movak ini bermula pada 23 Ogos 2021 lalu.

“Sehingga kini, ia telah dilaksanakan di tujuh buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pencapaian vaksinasi negeri-negeri ini telah meningkatkan kadar vaksinasi keseluruhan negara melebihi 85 peratus pada masa ini,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!