X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Tidak ada keperluan ubah kebenaran tanam ketum

Ahli Parlimen Kangar memaklumkan tidak ada keperluan dari segi undang-undang untuk mengubah kebenaran menanam ketum susulan langkah kerajaan Thailand mengeluarkan tanaman itu daripada senarai dadah. Gambar kecil:Noor Amin. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A

SHAH ALAM - Tidak ada keperluan dari segi undang-undang untuk mengubah kebenaran menanam ketum susulan langkah kerajaan Thailand mengeluarkan tanaman itu daripada senarai dadah.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, ini kerana ia tidak berada di bawah kategori dadah.

“Di Malaysia sebenarnya kita tidak masukkan ketum dalam kategori dadah.

Ketum ini dimasukkan di bawah Akta Racun.

“Cuma sama juga seperti dadah, penyalahgunaannya yang selalu membimbangkan.

Kes penyalahgunaan ini tidak sedikit, (sebaliknya) banyak terutama di bahagian utara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin baru-baru ini dilapor meminta kerajaan mempertimbangkan kebenaran menanam tanaman hemp dan ketum susulan langkah kerajaan Thailand mengeluarkan tanaman itu daripada senarai dadah.

Noor Amin menambah, sekiranya ketum dapat dijual secara komersial, perlunya ada satu kawal selia yang lebih baik mengenai perkara terbabit.

“Kalau kita tanya kepada orang tua-tua yang ambil sebagai minuman tenaga, mereka mungkin rasa tidak ada apa, sebab mereka biasa minum sejak zaman muda dan sebagainya.

“Tetapi apabila disalah guna dan dicampur dengan bahan-bahan lain, itu perlu diteliti lebih lanjut,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan diminta pertimbang benarkan penanaman ketum, hemp


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!