Lapan kawasan catat IPU tidak sihat setakat 6 petang

APIMS melaporkan sebanyak 50 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala 10 lagi kekal pada tahap baik. Foto fail Bernama
APIMS melaporkan sebanyak 50 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala 10 lagi kekal pada tahap baik. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat 6 petang ini, dengan IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi, iaitu 192.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, lima lagi stesen pemantauan di Sarawak turut merekodkan trend sama, iaitu Kuching (180), Samarahan (177), Sri Aman (157), Sibu (152) dan Sarikei (109).

IPU tidak sihat juga direkodkan di Paka, Terengganu (156) dan Pasir Gudang di Johor (152).

Sementara itu, APIMS melaporkan sebanyak 50 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala 10 lagi kekal pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!