Doktor tertimbus tanah runtuh ketika siapkan sarapan untuk keluarga

Mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba kira-kira jam 11.21 pagi selepas dipercayai terperangkap di bahagian dapur rumah berkenaan. Foto kecil: Wong Kar Lin
Mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba kira-kira jam 11.21 pagi selepas dipercayai terperangkap di bahagian dapur rumah berkenaan. Foto kecil: Wong Kar Lin
A
A
A

GEORGE TOWN – [DIKEMAS KINI] Seorang doktor berusia 73 tahun ditemukan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Lebuh Rambai 13, Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini pada Ahad.

Mangsa, Wong Kar Lin berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba kira-kira jam 11.21 pagi selepas dipercayai terperangkap di bahagian dapur rumah berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.36 pagi itu turut melibatkan isteri mangsa berusia 68 tahun dan ibu mertuanya, 80-an.

Seorang doktor berusia 73 tahun ditemukan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut. Foto SINAR HARIAN/SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
Seorang doktor berusia 73 tahun ditemukan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut. Foto SINAR HARIAN/SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

Bagaimanapun, kedua-dua mereka terselamat selepas sempat keluar dari kediaman tersebut ketika kejadian berlaku.

BERITA BERKAITAN: Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumah

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: 'Bunyi itu sangat kuat kerana dekat dengan rumah' - Saksi

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: Punca dikaitkan projek perumahan disiasat

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menyiapkan sarapan untuk keluarganya di dapur manakala isteri dan ibu mertuanya berada di bilik tingkat atas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!