Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri malam ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Labuan serta enam negeri hingga 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kelantan (Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Machang) serta Pahang (Jerantut, Kuantan, Maran, Pekan dan Lipis).
Amaran sama turut dikeluarkan untuk Terengganu, Johor dan Sarawak membabitkan Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Sibu), Sarikei (Julau dan Pakan), Sri Aman (Lubok Antu), Serian, Betong (Betong) serta Kuching (Kuching).
Di Sabah, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Paitan, Telupid, Labuk & Sugut, Sandakan serta Tongod) dan Tawau (Kalabakan). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
