Lebih 15.6 juta populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

Seramai 15,606,818 populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat Jumaat. - Foto Bernama
Seramai 15,606,818 populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 47.8 peratus atau seramai 15,606,818 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat Jumaat, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya pada Sabtu memaklumkan setakat Jumaat juga, seramai 20,261,734 individu atau 62 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 35,841,103 dos.

Laporan Harian pemberian dos vaksin. - Infografik JKJAV
Laporan Harian pemberian dos vaksin. - Infografik JKJAV

Berdasarkan perkongsian maklumat itu juga, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 66.7 peratus setakat Jumaat berbanding 65.9 peratus, pada Khamis.

Sementara itu, vaksinasi harian pada Jumaat merekodkan sebanyak 321,349 dos diberikan, iaitu 177,518 merupakan dos kedua dan baki 143,831 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin. - Infografik JKJAV
Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin. - Infografik JKJAV

Artikel Berkaitan: