MySejahtera ditambah baik, papar status vaksinasi, risiko: Khairy

Aplikasi MySejahtera.
Aplikasi MySejahtera.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aplikasi MySejahtera akan dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang.

Melalui satu ciapan di laman Twitternya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penambahbaikan dalam aplikasi itu bermula pada malam tadi.

Katanya, paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.

Selain itu, Khairy berkata, satu butang daftar keluar turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat.

Pengguna hanya perlu menekan butang aplikasi itu tanpa perlu mengimbas sebelum keluar dari sesebuah premis atau lokasi, katanya. - Awani

Artikel Berkaitan: