X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Kit ujian kendiri percuma buat penduduk DUN Bukit Kepayang

Nicole Tan Lee Koon dan Cha Kee Chin menunjukkan kit ujian kendiri yang ditawarkan secara percuma.
A
A

SEREMBAN - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang menawarkan kit ujian kendiri (RTK-AG) Covid-19 secara percuma kepada 300 penduduk di kawasan DUN itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon berkata, kemudahan itu diberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan, penghantar makanan dan mereka yang bergejala.

"Ini merupakan usaha saya dengan kerjasama Parlimen Rasah untuk melaksanakan ujian saringan bersasar di kawasan DUN Bukit Kepayang.

"Tujuan saya beri kit ujian kendiri, bukannya adakan program saringan Covid-19 seperti kebiasaan bagi mengelakkan masyarakat berkumpul sekali gus dapat mengurangkan risiko, " katanya dalam sidang akhbar di pusat khidmatnya, pada Khamis.

Menurutnya, permohonan boleh dibuat menerusi pautan di https://bit.ly/RTKKpyg atau boleh hubungi pusat khidmat untuk maklumat lanjut.

Katanya, selain golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU), golongan obesiti yang belum menerima tarikh janji temu vaksinasi Covid-19 boleh menghubungi pusat khidmat untuk mendapatkan bantuan.

"Golongan obesiti ini dikategorikan sebagai golongan berisiko. Jadi, saya rasa mereka ini juga perlu menjadi antara penerima awal suntikan vaksin.

"Lagipun sejak kebelakangan ini saya tengok banyak kes pesakit Covid-19 yang dikategorikan sebagai obesiti meninggal dunia," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin menyambut baik usaha dilakukan dan turut berharap inisiatif sama dapat dilakukan kerajaan pusat di seluruh negeri.

Katanya, cara itu paling berkesan bagi mengesan lebih awal mereka yang disahkan positif Covid-19.

"Jika nak harapkan wakil rakyat laksanakan, ada banyak kekangan terutama dari segi peruntukan.

"Saya harap Perdana Menteri baharu yang akan dilantik nanti dapat mempertimbangkan untuk pelaksanaan saringan bersasar di seluruh negara dan isu pandemik Covid-19 jadi keutamaan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!