X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Pemandu maut lori terbabas ketika elak kenderaan

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysiamelakukan operasi mengeluarkan pemandu lori yang maut apabila kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Kuala Perlis Changlun, Arau pada Jumaat.
A
A

ARAU - Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera ringan apabila lori dinaiki mereka terbabas di Jalan Kuala Perlis Changlun menghala ke arah Kok Klang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kemalangan kira-kira jam 3.10 petang itu melibatkan lori jenis Daihatsu Delta.

Menurutnya, mangsa, Zainol Akub, 58, beralamat di Kampung Che Gu Ali Mata Ayer, Kangar, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian dan kelindan, Muhammad Safuan Shahariddin, 23, mengalami luka kecil di tangan.

"Melalui siasatan awal mendapati, lori itu datang dari Changlun tiba di Jalan Kuala Perlis-Changlun didakwa cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang mengubah haluannya.

"Bagaimanapun, lori yang cuba mengelak itu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh dua batang pokok," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Nanda berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan muka dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk urusan bedah siasat.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!