CIDB Terengganu denda dua subkontraktor

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terengganu, Jasmi Mohd (kanan) memeriksa dokumen pengenalan pekerja asing yang diperiksa ketika operasi bersepadu, hari ini.
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terengganu, Jasmi Mohd (kanan) memeriksa dokumen pengenalan pekerja asing yang diperiksa ketika operasi bersepadu, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Dua subkontraktor dikenakan kompaun tidak melebihi RM25,000 ekoran kegagalan mengisytiharkan projek pembinaan yang sedang dijalankan di sebuah tapak projek mega di pusat bandar raya Kuala Terengganu.

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terengganu, Jasmi Mohd Salleh berkata, kesalahan di bawah Seksyen 34 itu di kesan ketika operasi bersepadu anjuran CIDB di sini, hari ini.

“Sebanyak lima notis kesalahan dikeluarkan oleh CIDB Terengganu antaranya melibatkan 27 kesalahan pekerja mahir tidak diakreditasi dan tiga kesalahan penyelia tapak tidak diakreditasi di bawah Seksyen 33 dan Seksyen 33A,” katanya.

Sebahagian pekerja asing yang diperiksa menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu pelbagai jabatan oleh CIDB Terengganu di tapak pembinaan sebuah projek mega di bandar raya Kuala Terengganu, hari ini.

Operasi bersepadu dengan kerjasama sembilan lagi agensi itu menjalankan pemeriksaan terhadap satu kontraktor utama, dua subkontraktor serta seramai 57 pekerja termasuk empat pekerja tempatan.

Dalam operasi itu, seramai 11 pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu kerana tidak memiliki dokumen pengenalan yang sah.

Pekerja asing yang ditahan itu terdiri daripada dua warga Myanmar, seorang warga Indonesia dan lapan warga Bangladesh berusia lingkungan 28 hingga 43 tahun.

Artikel Berkaitan: