X

Kindly register in order to view this article
!

Ambil barang di kebun haram perlu kebenaran JPNP

Operasi berjalan lancar selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerah ke lokasi.
A
A

KUANTAN - Kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) diperlukan sekiranya pekebun-pekebun haram durian musang king di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub mahu memasuki kawasan operasi penguatkuasaan untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal di situ.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menerima permintaan itu daripada Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berhubung perkara itu pada Selasa.

Menurutnya, beliau menerima kunjungan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhamad di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini yang turut disertai Sin Woon.

"Pada kunjungan hormat itu, turut dibangkitkan tentang kerja-kerja penguatkuasaan dalam HSK Batu Talam membabitkan kebun durian musang king haram seluas 101.17 hektar itu.

"Saya telah menyatakan ketegasan kerajaan negeri secara konsisten dalam kerja-kerja penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah secara haram di negeri ini," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pekebun durian: PGA dihantar ke Raub jaga ketenteraman awam

Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus

Bekalan musang king Raub tidak terjejas

Wan Rosdy berkata, tindakan penguatkuasaan yang dilakukan tidak mengira kaum mahu pun kawasan atau daerah ia berlaku.

Operasi memusnahkan kawasan kebun durian haram dalam HSK Batu Talam yang bermula 3 Julai lalu selesai dilakukan pada Ahad lalu yang mana 15,000 pokok durian telah ditebang.

Kerja-kerja pemulihan hutan telah dilakukan dengan menanam lebih 2,000 pelbagai spesies pokok hutan di kawasan terbabit.

Operasi tersebut sebelum ini mendapat bantahan dan tentangan pekebun haram terlibat sehingga 18 individu terpaksa ditahan kerana melakukan provokasi melampau terhadap para petugas.

Keadaan kembali tenang dan operasi berjalan lancar selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerah ke lokasi.

ARTIKEL BERKAITAN: 16.4 hektar kebun durian haram dimusnahkan JPNP

Pekebun haram robohkan jambatan, halang operasi JPNP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!