MB Negeri Sembilan dimasukkan ke hospital

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Foto fail Bernama.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Foto fail Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Fasha Musthafa menerusi satu makluman pada Ahad.

Menurut beliau, keadaan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu kini dilaporkan semakin pulih.

“Saya telah mendapat pengesahan berhubung keadaan Datuk Ismail Lasim. Untuk makluman, beliau kini sedang menerima rawatan di hospital dan alhamdulillah keadaannya dilaporkan semakin pulih.

"Terima kasih atas keprihatinan semua. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik," katanya.

Bagaimanapun, punca beliau dimasukkan ke wad serta waktu sebenar kemasukan ke hospital masih belum dapat dipastikan.

Sebelum ini dilaporkan Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Istana Seri Menanti pada Ahad tidak menjadi kenyataan.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!