Tak sampai 30 minit, musang king RM20 sekilo licin

Durian musang king serendah RM20 sekilogram yang dijual oleh seorang imam di belakang Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu licin dalam tempoh kurang setengah jam.
Durian musang king serendah RM20 sekilogram yang dijual oleh seorang imam di belakang Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu licin dalam tempoh kurang setengah jam.
A
A
A

KOTA BHARU - Durian musang king serendah RM20 sekilogram yang dijual oleh seorang imam di belakang Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini licin dalam tempoh kurang setengah jam.

Ahmad Maher Safian, 28, berkata, harga itu ditawarkan dengan niat supaya semua golongan dapat menikmati keenakan harga raja buah yang disifatkan sebagai 'kayangan'.

"Musang king yang saya jual ini adalah hasil dari kebun diusahakan oleh ahli keluarga. Jadi harga yang ditawarkan itu sudah mengambil kira semua kos," katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut beliau, pengeluaran hasil buah yang banyak ketika ini terutama dari Raub, Pahang dan Johor membolehkannya menjual pada harga rendah serta mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat.

Beliau turut menyifatkan tindakan itu dilihat tidak merosakkan pasaran harga buah tersebut.

Ahmad Maher menunjukkan isi durian yang dijual dengan niat supaya semua golongan dapat menikmati keenakan harga raja buah yang disifatkan sebagai 'kayangan'.
Ahmad Maher menunjukkan isi durian yang dijual dengan niat supaya semua golongan dapat menikmati keenakan harga raja buah yang disifatkan sebagai 'kayangan'.

Ahmad Maher memberitahu, setiap hari sebanyak 300 hingga 400 kilogram durian musang king berjaya dijual yang merangkumi pelbagai gred bermula A hinggalah C.

"Pelanggan tidak perlu risau kerana buah yang dijual segar dari ladang milik keluarga di Tanah Merah.

"Melihat kepada situasi ketika ini, stok durian di kebun saya mampu bertahan dalam tempoh tiga bulan lagi," katanya.