16.4 hektar kebun durian haram dimusnahkan JPNP

Sebanyak 16.4 hektar daripada 101 hektar kebun durian musang king haram di dalam Hutan Simpan Batu Talam, Raub telah dimusnahkan JPNP setakat petang Rabu. -Gambar hiasan
Sebanyak 16.4 hektar daripada 101 hektar kebun durian musang king haram di dalam Hutan Simpan Batu Talam, Raub telah dimusnahkan JPNP setakat petang Rabu. -Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 16.4 hektar daripada 101 hektar kebun durian musang king haram di dalam Hutan Simpan Batu Talam, Raub telah dimusnahkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), setakat petang Rabu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, operasi memusnahkan kebun durian haram itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pekebun.

"Pada hari ini (Rabu), pihak penguat kuasa sudah menebang pokok durian seluas lapan hektar dan menjadi keseluruhan kawasan yang telah diambil tindakan sebanyak 16.4 hektar atau 16.4 peratus daripada keluasan yang diterokai.

"Kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan, namun kita yakin ia dapat diselesaikan awal," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad berkata, seramai 60 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan petugas yang menjalankan kerja-kerja penebangan pokok durian haram di HSK Batu Talam.

Katanya, pihak polis dan PGA juga mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) 24 jam di laluan utama masuk ke kawasan kebun durian terbabit.

"Kawalan juga membabitkan jambatan simen yang sebelum ini dua kali dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya berharap operasi musnah kali ini dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, beliau berharap operasi memusnahkan kebun durian Musang King yang ditanm secara haram di dalam Hutan Simpan Batu Talam dapat diselesaikan secepat mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Durian musang king: Sebulan tempoh musnah kebun