Tumpahan bahan kimia: JAS ambil tindakan tegas

Anggota JAS Johor mengambil sampel bahan kimia di stor simpanan bahan kimia haram di Kampung Baru Sengkang.
Anggota JAS Johor mengambil sampel bahan kimia di stor simpanan bahan kimia haram di Kampung Baru Sengkang.
A
A
A

KULAI - Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Johor akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak khususnya pemilik premis yang terlibat dengan insiden tumpahan bahan kimia di Kampung Baru Sengkang di sini pada Sabtu.

Pengarahnya, Dr Famey Yusof berkata, pihaknya memandang serius insiden yang berlaku itu kerana tumpahan sisa kimia dari stor haram terbabit dikhuatiri menyebabkan pencemaran ke Sungai Sengkang seterusnya ke Sungai Skudai.

"Susulan aduan yang diterima, JAS Johor telah membuat siasatan terperinci dengan dan melakukan pemantauan di Sungai Sengkang dan Sungai Skudai.

Sebagai langkah berjaga-jaga, JAS memasang beberapa peralatan perangkap minyak atau oil boom di sungai itu untuk memastikan tidak ada pencemaran yang berlaku sebagai perlindungan lapisan kedua," katanya selepas lawatan ke stor penyimpanan bahan kimia secara haram di Kampung Baru Sengkang, di sini pada Ahad.

Menurut Dr Famey, pegawai penyiasat JAS Johor masih lagi menjalankan siasatan terperinci dan telah mengambil sampel bahan kimia yang tumpah itu untuk dianalisis bagi mengesan jenis bahan kimia terbabit.

Sungai Sengkang terletak berhampiran dengan lokasi tumpahan bahan kimia di sebuah stor di Kampung Baru Sengkang.
Sungai Sengkang terletak berhampiran dengan lokasi tumpahan bahan kimia di sebuah stor di Kampung Baru Sengkang.

"JAS Johor juga sedang menyiasat dari mana bekalan bahan sisa buangan itu dibawa sama ada dari Kulai atau luar Johor.

"Selain itu pemilik bahan sisa buangan ini akan disiasat. JAS akan merakam percakapan pemilik premis ini dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Akta 127 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjalankan kegiatan pelupusan secara haram,"katanya.

Sementara itu difahamkan Majlis Perbandaran Kulai ( MPKu) mengarahkan premis haram itu untuk berhenti operasi dan akan ditutup sehingga siasatan selesai dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangki bahan kimia pecah, mangsa pening, muntah