X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Tangki bahan kimia pecah, mangsa pening, muntah

Anggota bomba memeriksa kandungan air sungai selepas sebuah tangki bahan kimia di sebuah stor simpanan dikesan pecah di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang, Kulai, pada malam Sabtu.
A
A

KULAI - Satu tangki bahan alkali dengan isi padu 1,000 liter tangki di sebuah stor di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang, Kulai di sini, pecah menyebabkan bahan kimia berkenaan mengalir ke sungai berhampiran, pada jam 8.20 malam Sabtu.

Susulan itu, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dibantu satu unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Tinggi II Bahtiar Selamat berkata, mereka turut dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu Utiliti Hilux.

Katanya, siasatan mendapati, terdapat tumpahan bahan kimia iaitu methyltriocdylam monium chloride, hydrogen peroxide solution, n-methyl cyclohexylamine.

"Terdapat 30 tangki yang mengandungi bahan alkali dan satu daripada tangki itu pecah dan mengalir ke sungai berhampiran," katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.

Menurut Bahtiar, isi padu setiap tangki lebih kurang 1,000 liter.

"Dua mangsa di lokasi berhampiran mengalami gejala peninga dan muntah. Bomba bertindak membuat tiga lapisan benteng bagi menghalang bahan buangan berkenaan daripada terus mengalir ke dalam sungai.

"Pengaliran bahan kimia berkenaan dapat dihentikan dan keadaan didapati selamat. Operasi ditamatkan pada 2.33 pagi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!