Kualiti udara di kilang kebocoran bahan kimia, kawasan sekitar normal

Perbincangan pelbagai agensi berhubung insiden kebocoran bahan kimia di sebuah kilang di Pasir Gudang.
Perbincangan pelbagai agensi berhubung insiden kebocoran bahan kimia di sebuah kilang di Pasir Gudang.
A
A
A

PASIR GUDANG - Pemantauan kualiti udara di sekitar Pasir Gudang susulan kejadian kebocoran bahan kimia 'Styrene Monomer', di sebuah kilang di Jalan Pekiling, menunjukkan kualiti udara normal.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Sarhan Akmal Mohamad berkata, alat pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor diletakkan di kawasan persekitaran penduduk berhampiran bagi memantau dan mengambil data kualiti udara.

"Penggunaan 'long range detector' dan gasmet mendapati kawasan sekeliling adalah selamat dan lokaliti hanya berada di kawasan tangki yang mengalami kebocoran tersebut.

"Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menggunakan gasmet serta proses pemantauan suhu dibuat secara berkala iaitu dua jam bagi IPU dan 15 minit bagi pengambilan suhu," katanya.

Jelasnya, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat serta mengalami gejala-gejala kesan daripada insiden tersebut.

"Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor turut memaklumkan setakat tempoh ini tiada kes dirujuk atau dimasukkan ke hospital atau klinik Kerajaan berdekatan.

"Namun JKN Johor meminta kepada orang awam yang mengalami sebarang gejala akibat pencemaran kepada bahan kimia bolehlah merujuk ke klinik kesihatan terdekat untuk rawatan," ujarnya.

Dalam pada JBPM Johor menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta memberikan maklumat yang tidak sahih sehingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat dan menggugat ketenteraman awam.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis styrene monomer di sebuah kilang di Jalan Pekeliling di sini, pada kira-kira jam 5.21 petang.

Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia yang berada di kilang itu.

Seramai 32 pegawai dan anggota terdiri daripada BBP Pasir Gudang, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) JBPM, PDRM, JAS Johor, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Angkatan Pertahanan awam membantu di lokasi kejadian.