Tewas kepada Itali, Martinez enggan ulas lanjut

Kesebelasan Belgium selepas tewas 1-2 pada aksi suku akhir, Euro 2020 berdepan Italy pada Sabtu. Foto: EPA
Kesebelasan Belgium selepas tewas 1-2 pada aksi suku akhir, Euro 2020 berdepan Italy pada Sabtu. Foto: EPA
A
A
A

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez menegaskan dia enggan mengulas lanjut mengenai masa depannya bersama skuad kendaliannya itu dan menunggu masa yang sesuai untuk bercakap mengenainya.

Martinez berkata, buat masa ini tidak ada apa yang boleh dikatakannya berhubung perkara berkenaan dan berharap dapat mengumumkannya dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, tiada apa yang boleh saya katakan mengenai perkara ini. Ia masih dalam perbincangan dan apa yang boleh saya buat ketika ini hanya menunggu (keputusan).

“Kalau saya buat kenyataan, ia akan dilihat sebagai kenyataan yang beremosi pula nanti; apatah lagi setelah kekalahan 1-2 kepada Itali pada aksi suku akhirEuro 2020 pada Rabu.

“Lagi pun ketika ini, suasananya tidak begitu sesuai untuk bercakap apa-apa mengenai perkara ini kerana kekalahan kepada Itali membuatkan kita tersingkir daripada Euro 2020,” katanya.

Aksi suku akhir pada Sabtu menyaksikan Itali membuka jaringan menerusi Nicolo Barella pada minit ke-31, Lorenzo Insigne (min-44), sebelum Romelu Lukaku menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama untuk gol saguhati skuad The Red Devils itu.

Untuk rekod, Martinez, 47 menandatangani kontrak lanjutan dengan Belgium tahun lalu bagi mengemudi pasukan untuk ke Piala Dunia 2020.

Sementara itu Martinez berkata, dia bakal melakukan analisis terhadap kekalahan berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan pasukan ranking no.1 dunia itu tersingkir pada Euro 2020.

Artikel Berkaitan:

“Buat masa ini, perasaan saya bercampur baur, sedih, kecewa tetapi dalam masa yang sama saya tidak mahu menyalahan pemain kerana bagi saya, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Mereka telah beraksi dengan cukup baik di sepanjang kejohanan, namun kali ini kami berdepan pasukan yang jauh lebih baik seperti Itali dan menyebabkan kami tewas,” katanya.