Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang enggan ulas isu Dominic

Muhammad Fauzi. Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Muhammad Fauzi. Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

GEORGETOWN - Pesuruhajaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff enggan mengulas berhubung isu Pas negeri dengan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang dikatakan dingin sejak kebelakangan ini.

Muhammad Fauzi yang juga calon bagi kerusi Sungai Dua berkata, beliau hanya mahu menumpukan kepada kerja kempen sepanjang tempoh berkempen bagi pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

"Saya kalau hal berkaitan Dominic ni, saya tak ada komen dan tidak mahu komen apa-apa. Saya lebih selesa tidak memberi apa-apa komen, saya tak mahu ulas, minta maaf.

"Sekarang ni saya nak tumpu kerja iaitu berkempen untuk bertemu dengan pengundi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tambah Muhammad Fauzi, beliau enggan mengeluarkan sebarang kenyataan tentang apa yang berlaku berikutan tidak mahu membuka ruang kepada pihak lawan untuk menghentam Pas dan Perikatan Nasional (PN).

"Kami akan selesaikan secara dalaman, semua parti ada (masalah). Ini perkara biasa. Saya tak mahu menimbulkan kekeruhan lagi.

"Minta tolonglah, bukan sengaja tak mahu melayan pertanyaan media, cuma tak mahu merumitkan dan menambah masalah kepada pengundi-pengundi," kata beliau lagi.

Dominic sebelum ini mengakui berlaku salah faham antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang dan akan diselesaikan secara baik dalam masa terdekat.

Beliau yang juga calon bagi kerusi Bayan Lepas berkata, berlaku perbezaan prospektif di peringkat akar umbi sehingga ke pusat.

Dominic juga mengakui berlaku masalah komunikasi selain salah faham di peringkat komponen PN Pulau Pinang kerana semua cadangan serta pandangan di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat mempunyai perspektif berlainan.

Sebelum ini, pencalonan Dominic di kerusi DUN Bayan Lepas dibantah ahli-ahli Pas Cawangan Bayan Lepas yang mengadakan bantahan aman serta mengugut akan memboikot pencalonan serta PRN kali ini.

Tambahan pula, pencalonan Dominic di kerusi itu juga mencetuskan tanda tanya apabila namanya tidak diumumkan sewaktu pengumuman rasmi calon PN Pulau Pinang oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Pongsu Seribu, Kepala Batas Khamis lalu.

Difahamkan, calon PN di kerusi Bayan Lepas pada mulanya diberikan kepada Pas yang menamakan Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: Dominic sah bertanding di DUN Bayan Lepas

Dominic nafi dihalau dari ceramah Pas

Ketepikan hal peribadi, fokus bantu PN menang PRN - Dominic

Dominic akui berlaku salah faham dalam PN Pulau Pinang

Dominic hadir tanpa penyokong Pas

Dominic nafi guna 'kabel' dapatkan kerusi DUN Bayan Lepas

PRN: Dominic bertanding di Bayan Lepas, Pas akui jentera kena sabotaj

'PN tempah musibah jika calonkan Dominic di Bayan Lepas'

Dominic yakin dibantu semua parti komponen termasuk Pas

Pertikaian isu Nik Abduh, Dominic hanya sementara - Ahmad Faizal