Barisan Exco Kelantan: 'Saya tak dapat ulas lanjut' - Mohd Amar

Mohd Amar.
Mohd Amar.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah enggan mengulas lanjut mengenai pelantikan barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang mengangkat sumpah pada Selasa (hari ini).

Nik Amar ketika ditemui pemberita di pekarangan kediamannya selepas solat Asar memberitahu belum melihat senarai barisan exco kerajaan negeri yang baharu.

"Saya belum melihat senarai penuh exco yang mengangkat sumpah pegang jawatan hari ini. Jadi saya tidak boleh memberi sebarang komen.

"Lagipun saya sedang menerima ramai tetamu. Minta maaf kerana tidak dapat meluangkan masa ketika ini," katanya ringkas.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Amar tiada masalah jika nama beliau tidak tersenarai dalam kepimpinan negeri Kelantan.

Beliau juga akan terus menjalankan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mengakui menerima keputusan parti.

Sementara itu, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu dan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri, Kubang Kerian petang Selasa.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta itu merupakan calon yang memenangi kerusi DUN Meranti PRN Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pula disandang oleh Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.