X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Gelagat jururawat pujuk pesakit cilik tarik perhatian

Antara gelagat jururawat yang menari untuk memujuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Firas.
A
A

MELAKA - Gelagat beberapa jururawat yang menari di sebuah pusat kuarantin Covid-19 untuk memujuk seorang kanak-kanak dipercayai bagi memudahkan proses mengambil sampel darah mencuit hati warganet.

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, beberapa petugas di sebuah pusat kuarantin mengajak kanak-kanak yang dikenali sebagai Firas menari sebagai usaha memujuknya supaya tidak menangis.

Situasi itu dikongsikan oleh seorang penguna akaun Twitter [email protected] sehingga mendapat tontonan sebanyak 17,300.

Gelagat berkenaan turut dikongsikan pengguna TikTok di akaun @ciklinnemo yang turut memuat naik video rakaman beberapa orang jururawat sedang menenangkan kanak-kanak berkenaan dipercayai ahli keluarga pemilik akaun berkenaan yang positif Covid-19.

Video yang mendapat tontonan lebih 66,200 juga memperlihatkan seorang petugas kesihatan menunjukkan video lagu kanak-kanak di telefon bimbitnya sambil mengajak menari.

Ramai warganet memberi maklum balas positif dan terhibur melihat gelagat petugas barisan hadapan itu dan mengucapkan terima kasih kerana begitu optimis menjalankan tugas.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!