X

Kindly register in order to view this article
!

Belgium tenang tunjuk Portugal pintu keluar

Thorgan muncul wira Belgium apabila jaringan tunggal babak pertamanya memastikan Portugal berputih mata di Sevilla sebentar tadi.
A
A

BELGIUM membuktikan status sebagai pasukan ranking nombor satu dunia bukan biasa-biasa sebaliknya dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab besar demi lencana di dada apabila secara 'gentleman' menunjukkan juara bertahan Portugal pintu keluar saingan Euro 2020 sebentar tadi.

Gol minit ke-42, pemain kelab liga Jerman, Borussia Dortmund, Thorgan Hazard sudah cukup mengakhiri kembara penuh berliku skuad kendalian Fernando Santos dikemudikan Cristiano Ronaldo tersebut sekali gus membolehkan skuad generasi emas asuhan Roberto Martinez meneruskan rentak positif ke pusingan lapan terbaik saingan berprestij bola sepak benua Eropah kali ini.

Dalam aksi berintensiti tinggi itu, Die Roten Teufel tampil dengan taktikal tenang memastikan perjalanan 90 minit A Selecao berstatus ranking kelima dunia dengan reputasi kejuaraan edisi Euro Perancis 2016 terhenti hasil jaringan babak pertama Thorgan.

Thorgan (kiri) bersama pemain Belgium meraikan kejayaan mara slot Pusingan Lapan Terbaik Euro 2020, selepas menewaskan Portugal 1-0 di Sevilla sebentar tadi.
Thorgan (kiri) bersama pemain Belgium meraikan kejayaan mara slot Pusingan Lapan Terbaik Euro 2020, selepas menewaskan Portugal 1-0 di Sevilla sebentar tadi.

Aksi jentera Martinez kemudiannya disulami corak persembahan 'solid' defensif bertenaga luar biasa babak kedua barisan pertahanan Belgium yang meneruskan kesinambungan kecemerlangan penjaga gol Thibaut Courtois sejak minit pertama perlawanan.

Kemenangan di Pusingan 16 Terbaik Euro 2020 di Stadium La Cartuja de Sevilla itu membolehkan Belgium terbang ke Munich untuk aksi 'blockbuster' pusingan seterusnya menentang pasukan ranking ketujuh dunia, Itali yang sebelum itu buat pertama kali beraksi di luar Stadium Olimpico, Rome sepanjang kempen di paksa berhempas pulas untuk menjinakkan Austria 2-1 di Stadium Wembley pada awal pagi Ahad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!