X

Kindly register in order to view this article
!

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 menurun selama dua minggu

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan selama dua minggu berturut-turut. - Foto FB Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan selama dua minggu berturut-turut.

Angka itu susut ke 0.99 pada Ahad berbanding 1.00 hari sebelumnya.

Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.36.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Seterusnya Putrajaya, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sarawak dan Terengganu.

Kelantan, Kedah dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0

Sebanyak 13 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. - Awani


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!