X

Kindly register in order to view this article
!

905,271 individu lengkap dua dos vaksin Covid-19

Dr Adham Baba
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 905,271 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi akaun Twitternya pada Selasa, Dr Adham berkata, seramai 1,578,225 individu pula telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah 2,483,496 dos setakat Isnin.

Dr Adham berkata, lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 122,007 dos diikuti Sarawak (91,667), Kuala Lumpur (89,194), Johor (82,492) dan Perak (75,311).

Setakat Isnin, 44.70 peratus atau 10,850,160 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi sebanyak 2,843,697 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!