Ramai terjejas pendapatan jika ada usaha boikot Coca-Cola

Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia, untuk rakyat Malaysia dan dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia, untuk rakyat Malaysia dan dilakukan oleh rakyat Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Sumber pendapatan ribuan pekerja, peruncit, pengedar dan pembekal di seluruh rantaian bekalan jenama minuman Coca-Cola di Malaysia bakal terjejas jika ada usaha memboikot produk itu.

Coca-Cola Malaysia berkata, walaupun Coca-Cola adalah jenama global, namun semua operasi pembotolan menggunakan sumber tempatan.

"Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia, untuk rakyat Malaysia dan dilakukan oleh rakyat Malaysia.

"Untuk makluman Coca-Cola juga telah beroperasi lebih daripada 85 tahun di negara ini dan telah menjadi keutamaan kami untuk terus komited dalam membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan sosial dan lain-lain," kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Rabu.