OXYKA sasar jualan RM5 juta pada 2026

JOHOR BAHRU – OXYKA menyasarkan jualan sebanyak RM5 juta bagi 2026 sejajar dengan strategi pembangunan produk yang berteraskan tiga komponen utama iaitu anti-pengoksidaan, perakalian dan teknologi nano.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ADIN Marketing Group Sdn Bhd dan Haos Group, Anis Permin, fokus utama OXYKA adalah kepada aspek pengoksigenan badan sebagai teras pertama produk berkenaan, diikuti teras kedua melibatkan aspek perkalian dan teknologi nano digunakan sebagai teras ketiga produk tersebut.
“Bagi tahun ini, OXYKA menyasarkan jualan sebanyak RM5 Juta dan selain menyasarkan pasaran di Malaysia, OXYKA turut dipasarkan ke Singapura, Indonesia dan seterusnya ke negara-negara jiran.
"Selain itu, mengenai pengedaran, OXYKA akan dipasarkan di 3,000 outlet di bawah rangkaian pengedaran House Ek?
"Kita yakin bahawa OXYKA mampu mencatat kejayaan memandangkan produk tersebut menyokong gaya hidup sihat yang menjadi tumpuan generasi baharu pada masa kini," katanya kepada pemberita.
Anis berkata demikian ketika ditemui sempena majlis pelancaran OXYKA di Pulai Spring Resort di sini pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi ADIN Marketing Group Sdn Bhd, Mohamad Shahrin Jaafar, Pengarah Urusan Hijrah Water Sdn Bhd, Mohamad M Said dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hijrah Water Sdn Bhd, Farid Hamzi Mohamad.

Tambah Anis, sempena Ramadan, OXYKA akan mengadakan promosi khas di platform e-dagang mereka bagi menghargai pelanggan.
"Promosi yang diadakan bagi OXYKA kebiasaannya bagi jualan runcit adalah sebotol-sebotol atau 24 botol (satu karton), tapi untuk bulan Ramadan nanti kami menawarkan enam botol sahaja bagi satu karton.
“Langkah ini bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mencuba dan mendapatkan kebaikan OXYKA untuk penyerapan oksigen yang lebih baik sepanjang berpuasa,” katanya.
Sementara itu Anis berkata, pihaknya turut merancang untuk mengeluarkan botol OXYKA bersaiz lebih kecil iaitu berkapasiti 250 mililiter (ml) bagi memudahkan pengguna membawa produk berkenaan.
Katanya, ketika ini OXYKA kini boleh didapati di stesen minyak, pasar raya serta kedai-kedai runcit berhampiran tetapi hanya dikeluarkan dalam saiz 500ml pada harga RM3.80 sebotol.
"OXYKA turut membuka peluang keusahawanan khususnya kepada usahawan di Johor yang berminat untuk menjadi ejen atau penjual semula produk berkenaan.
“Oleh itu, kepada usahawan yang berminat boleh menghubungi HU House melalui emel househaoo@gmail.com atau melayari laman web www.househaoo.com.my,” katanya.
Ringkasan AI
- OXYKA menyasarkan jualan sebanyak RM5 juta untuk tahun 2026 dengan strategi pembangunan produk yang mengutamakan anti-pengoksidaan, perakalian dan teknologi nano
- Fokus OXYKA pada pengoksigenan badan, perkalian aspek dan penggunaan teknologi nano
- OXYKA menargetkan pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia dan negara jiran dengan pengedaran melalui 3,000 outlet
- Promosi khas OXYKA sempena Ramadan melalui platform e-dagang dengan penawaran enam botol bagi satu karton
- OXYKA merancang mengeluarkan botol bersaiz 250ml dan membuka peluang keusahawanan khususnya di Johor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
