X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

500 sertai World #QuranHour di Negeri Sembilan

Peserta World#QuranHour mematuhi SOP dengan penjarakan sosial.
A
A
SEREMBAN - Program World#QuranHour yang diadakan di Masjid Seri Sendayan berjalan lancar dengan kehadiran lebih 500 peserta.

World #QuranHour edisi keenam ini yang berlangsung serentak seluruh dunia pada 24 Ramadan membawa misi Surah al-Mulk (67:1-30).

Bacaan surah yang juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci dipimpin oleh Ustaz Nur Hairin Khamis yang merupakan Naib Johan Majlis Tilawah al Quran peringkat Negeri Sembilan 2021.

Melalui program itu, semua pihak terlibat di seluruh dunia akan menghentikan aktiviti lain dan membaca al-Quran serta memahaminya melalui tadabbur selama sejam bermula 12 tengah hari hingga 1 petang.

Pengasas Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, program pada tahun ini berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Wan Hasni (tengah) turut menjayakan World #QuranHour di Masjid Seri Sendayan pada Khamis.
Wan Hasni (tengah) turut menjayakan World #QuranHour di Masjid Seri Sendayan pada Khamis.

"Alhamdulillah program dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berjaya disertai lebih 500 peserta.

"Semua agensi awam, badan beruniform, pihak swasta, pelajar kolej dan universiti serta komuniti setempat turut bersemangat menyertai program tadabbur al-Quran, misi Surah al-Mulk ini," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Hadir sama, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof dan Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli.

Pada tahun ini lebih 120 hotspot dari seluruh masjid, sekolah, agensi swasta dan kerajaan, perpustakaan seluruh negeri, Rumah Ngaji Negeri Sembilan serta lain-lain organisasi.

Sementara itu, Wan Hasni berkata, program seumpama ini perlu diteruskan dari masa ke masa bagi membolehkan ilmu dalam al-Quran itu dapat di rungkai untuk pengetahuan umat sejagat.

Antara peserta World #QuranHour di Masjid Seri Sendayan.
Antara peserta World #QuranHour di Masjid Seri Sendayan.

Menurutnya, program ilmiah dan keagamaan seperti ini sesuatu yang dituntut dan sangat dimuliakan oleh ALLAH SWT.

"Meskipun kita dalam musim pandemik Covid-19, bacaan dan hayati ilmu al-Quran itu adalah sebaik-baik aktiviti yang seharusnya dilaksanakan oleh semua umat Islam.

"Insya-ALLAH, jika kita terus amalkan bacaan al-Quran, jiwa dan hati lebih tenang dalam menghadapi setiap dugaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!