X

Kindly register in order to view this article
!

Bas sekolah musnah terbakar

Api marak mengakibatkan sebuah bas sekolah hangus dalam kebakaran berhampiran bengkel di Taman Sunlight, Pasir Puteh, Ipoh pada malam Jumaat.
A
A

IPOH - Sebuah bas sekolah hangus dalam kebakaran berhampiran bengkel di Taman Sunlight, Pasir Puteh di sini pada malam Jumaat.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh pada jam 11.01 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, jentera yang tiba di lokasi mendapati bas berkenaan telah musnah terbakar 70 peratus.

Menurutnya, maklumat mengatakan bas sekolah itu mengalami kerosakan dan diletakkan di bengkel terbabit untuk diselenggara.

Keadaan sebuah bas sekolah yang musnah dalam kebakaran berhampiran bengkel di Taman Sunlight, Pasir Puteh, Ipoh pada malam Jumaat.
Keadaan sebuah bas sekolah yang musnah dalam kebakaran berhampiran bengkel di Taman Sunlight, Pasir Puteh, Ipoh pada malam Jumaat.

"Anggota bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mulai air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya

"Walaupun api marak, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.26 malam.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!