Lima bas musnah dalam kebakaran bengkel

Lima buah bas yang musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Kejuteraan 1, Kawasan Perindustrian Segamat pada Jumaat.
Lima buah bas yang musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Kejuteraan 1, Kawasan Perindustrian Segamat pada Jumaat.
A
A
A

SEGAMAT - Lima buah bas musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Kejuteraan 1, Kawasan Perindustrian Segamat di sini pada Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada jam 7.10 malam.

"Seramai 16 anggota dari BBP Bandar Baru Segamat dan BBP Segamat dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta masing-masing sebuah lori tangki dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran melibatkan lima buah bas yang berada di bengkel bas. Empat buah bas telah terbakar 90 peratus dan sebuah bas lagi terbakar 30 peratus," katanya dalam kenyataan pada malam Jumaat.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal dalam masa kira-kira setengah jam dan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Jelasnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi terbabit tamat sepenuhnya pada jam 9.41 malam.