Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar

Antara kereta yang musnah dalam kebakaran di Jalan Datuk Kumbar, pada Selasa. - Foto ihsan JBPM Kedah
Antara kereta yang musnah dalam kebakaran di Jalan Datuk Kumbar, pada Selasa. - Foto ihsan JBPM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga kereta yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Datuk Kumbar, di sini musnah dalam kebakaran, pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.07 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mutiara serta Tanah Merah dihantar ke lokasi kejadian kebakaran.

"Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Satria, Hyundai dan BMW yang diletakkan di bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Abd Rahim berkata, bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.