Kes baharu Covid-19 sekali lagi catat angka lebih 2,000

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 negara kian meningkat apabila 2,551 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, berbanding 2,148 kes pada Rabu.

Sarawak menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan 960 kes diikuti Selangor (590) dan Kuala Lumpur (245).

Menurut Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kelantan pula mencatat 164 kes; Sabah (143); Johor (121); Pulau Pinang (91); Negeri Sembilan (53); Perak (49); Pahang (47); Kedah (35); dan Melaka (28).

Sejumlah 16 kes dicatat di Terengganu manakala Putrajaya mencatat enam kes, Perlis (dua) dan Labuan merekodkan satu kes bagi tempoh 24 jam lepas.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, 1,524 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat wabak itu 350,563, manakala dua lagi kematian dicatatkan melibatkan warga tempatan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini pada angka 18,600 manakala 227 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, tujuh kluster baharu dikenal pasti melibatkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan serta masing-masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan iaitu Kluster Jepak di Sarawak serta Sri Layang di Pahang.

Kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Sultan Iskandar di Sarawak; Jalan Balakong (Selangor); Jalan Kia Peng (Kuala Lumpur); manakala kluster pusat tahanan pula dinamakan DTI Sandakan di Sabah serta Lenggeng (Negeri Sembilan). - Bernama

Artikel Berkaitan: