Covid-19: 1,638 kes baharu, tiga kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,638 kes baharu Covid-19 dan tiga kematian direkodkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata 1,449 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada Covid-19 di negara ini sebanyak 333,892 manakala keseluruhan angka kematian mencecah 1,286 orang selain jumlah kes aktif kini ialah 14,432.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,631 merupakan kes penularan tempatan sementara tujuh lagi adalah kes import,” katanya menerusi akaun rasmi beliau di laman Twitter.

Beliau berkata, 167 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan Perak mencatat kes harian tertinggi iaitu 494 kes diikuti Selangor (352 kes) dan Sarawak dengan 290 kes. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: