Lelaki didakwa miliki 106 butir peluru tanpa lesen

No Image Caption
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan memiliki 106 butir peluru pelbagai jenis tanpa lesen yang sah, dua minggu lepas.

A.Santeran, 54, didakwa memiliki 53 butir peluru 9 milimeter (mm), 48 butir peluru 9x9 Bigs Bullets, tiga butir peluru 9mm Luger dan dua butir Thai Arms 10 tanpa lesen yang sah di kawasan tepi pantai Batu Ferringhi pada 6.30 petang, 12 Mac lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Rosnee Mohd Ridzuan tidak membenarkan sebarang jaminan kerana tertuduh mempunyai kes lain di Mahkamah Sesyen dan menetapkan 27 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Artikel Berkaitan: