Dadah: Dua penuntut kolej antara 48 ditahan

Mohd Noor menemu bual lapan wanita daripada 40 individu ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah di IPD Kuantan pada awal pagi Khamis.
Mohd Noor menemu bual lapan wanita daripada 40 individu ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah di IPD Kuantan pada awal pagi Khamis.
A
A
A

KUANTAN- Dua penuntut kolej antara 48 individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sekitar daerah ini pada awal pagi Khamis.

Mereka ditahan dalam Siri Pertama Ops Sarang 2021 dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di beberapa lokasi seperti di Bandaraya Kuantan, Beserah, Gambang dan Cherating bermula pada 12.01 pagi sehingga 10 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 36 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berbeza sekitar Kuantan.

Katanya, siasatan awal mendapati segelintir daripada suspek bekerja sendiri, mbelajar di sebuah kolej dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

"Kita berjaya merampas beberapa barang yang disyaki dadah iaitu syabu dan 206 biji pil yaba.

"Kita percaya masih banyak lagi dadah berada di luar sana dan polis perlu bekerja keras bagi membendung penyalahgunaan dadah ini," katanya pada sidang akhbar Ops Sarang Siri 1 di Pekarangan Pengangkutan di IPD Kuantan pada petang Khamis.

Mohd Noor berkata, seramai 35 daripada 48 suspek ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, seramai 12 individu ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala seorang ditahan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kebanyakan mereka ini mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu kes dadah berulang. Ini terjadi kerana mereka kurang kesedaran dan melakukan kesalahan sama.

Artikel Berkaitan:

"Kita ambil berat mengenai perkara ini dan memastikan semua suspek yang ditahan agar disiasat segera. Kita juga akan merujuk kes ini kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan pertuduhan di mahkamah," katanya.