PGA Briged Tenggara rekod rampasan barang seludup RM60.7 juta

Hasan Basri (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara PGA Batalion 9 Kuala Terengganu, Nor Azizan (kiri) dengan PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, Muhammad (kanan) di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Rantau Panjang.
Hasan Basri (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara PGA Batalion 9 Kuala Terengganu, Nor Azizan (kiri) dengan PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, Muhammad (kanan) di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara yang melakukan penugasan Ops Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berjaya merekodkan pelbagai rampasan barangan seludup bernilai RM60.7 juta.

Kejayaan itu dirakamkan tahun lalu oleh tiga pasukan dibawah naugan Briged Tenggara iaitu PGA Batalion 7 Kuantan, Batalion 8 Pengkalan Chepa dan Batalion 9 Kuala Terengganu.

Komander PGA Briged Tenggara, Senior Asisten Komisoner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 800 kes berkait dengan aktiviti penyeludupan telah berjaya dipatahkan, sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 52 peratus.

"Untuk makluman pada tahun sebelumnya iaitu 2019, kita hanya berjaya merekodkan tangkapan sebanyak 526 kes sahaja.

"Kes melibatkan Akta Dadah Berbahaya telah mencatatkan nilai rampasan terbesar iaitu RM19.8 juta (111 kes) diikuti oleh rampasan melalui Akta Kastam sebanyak RM19.7 juta dan Akta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) sebanyak RM6.5 juta," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Terdahulu beliau hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Antara Pegawai PGA Batilon 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof dengan PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, Superintendan Muhammad Shamsudin.

Menurutnya, sepanjang tempoh sama PGA berjaya menahan seramai 137 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk secara haram ke negara ini menggunakan laluan tikus.

Artikel Berkaitan: