Patuh SOP ketika sambut Tahun Baharu Cina: KPN

Tan Sri Abdul Hamid Bador
Tan Sri Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan masyarakat untuk kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pematuhan SOP dan amalan normal baharu adalah penting bagi menghentikan rangkaian jangkitan Covid-19.

"Dalam musim perayaan Tahun Baharu Cina, PDRM akan menjalankan operasi pematuhan SOP bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan yang telah dikeluarkan kerajaan.

"PDRM juga komited untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang sengaja mengingkari SOP Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, PDRM juga akan terus menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Dalam pada itu, beliau yang mewakili warga PDRM mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat berbangsa Tionghua yang menyambutnya.

Artikel Berkaitan: