X

Kindly register in order to view this article
!

Pasangan orang asli berjaya dikesan di pondok

Laporan Sinar Harian 6 Februari lalu.
A
A

KOTA BHARU - Pasangan suami isteri orang asli yang menghilangkan diri daripada menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai pada 4 Februari lalu akhirnya ditemukan pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pasangan itu ditemukan selepas anggota daripada Balai Polis Laloh menerima maklumat daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengenai pasangan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

Beliau berkata, susulan daripada maklumat yang diterima sepasukan anggota berjaya mengesan dan menemukan pasangan itu di sebuah pondok sekitar Sungai Sam, Gua Musang.

"Pasangan orang asli itu telah beri kerjasama yang baik kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke HSIP bagi menjalani ujian saringan Covid-19 seterusnya menjalani kuarantin sehingga keputusan diperoleh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan pasangan suami isteri orang asli yang berasal dari Pos Tohoi, Gua Musang itu bertindak menghilangkan diri ketika ujian saringan Covid-19 hendak dilakukan ke atas mereka, pada Khamis lalu.

Difahamkan, ujian saringan itu perlu dijalankan selepas anak perempuan mereka yang berusia 25 hari disahkan positif Covid-19. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri orang asli hilangkan diri ketika saringan Covid-19


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!