Covid-19: 3,391 kes hari ini, 19 kematian
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini menurun kepada 3,391 kes daripada 4,571 kes pada Khamis, dengan 19 kematian direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas setakat ini.
Pertambahan 19 kematian hari ini menyaksikan kes kematian akibat Covid-19 bagi lima hari pertama bulan Februari sejumlah 85 kes, manakala jumlah keseluruhan kes kematian akibat pandemik itu kini 845 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baharu yang dicatatkan, 3,387 kes melibatkan warga tempatan manakala empat lagi kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes akibat wabak itu kini 234,874.
"Jumlah kes yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) pula mencecah 310, dengan 134 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 48,751 kes,” menurutnya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 di sini pada Jumaat.
Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,228 kes (36.2 peratus), diikuti Johor iaitu 598 kes (17.6 peratus) dan Kuala Lumpur dengan 395 kes (11.6 peratus). - Bernama
AKAN MENYUSUL
Pecahan kes baharu (3,391) pic.twitter.com/ZS1ThBO2At
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) February 5, 2021
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
'Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang' - Siti Aisyah
Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024