X

Kindly register in order to view this article
!

Isteri, anak, pembantu Nazri Aziz pula positif Covid-19

Haflin memberitahu dia bersama anak dan pembantunya kini menjalani kuarantin di kediamannya di Bachok Kelantan. - Foto Instagram haflinnazriaziz
A
A

SHAH ALAM - Selepas sehari Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19, isteri, anak dan pembantunya pula dijangkiti wabak tersebut.

Menurut laporan wawancara portal MStar pada Rabu, Datin Seri Haflin Saiful kini sedang menjalani kuarantin di sebuah villa miliknya di Kandis, Bachok, Kelantan.

"Saya baik-baik sahaja, sedang jalani kuarantin di rumah. Saya, anak dan pembantu dijangkiti Covid-19 tahap 1 dan akan menjalani kuarantin selama 10 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazri Aziz positif Covid-19

'Saya alami batuk kuat tapi saya okay'

"Saya perhatikan, anak pun tak alami demam atau batuk-batuk. Saya pastikan dia kekal aktif, beri vitamin, minum banyak air dan buah-buahan,” katanya.

Haflin turut memuat naik status video di Instagram miliknya dengan menulis ‘Kuarantin di rumah paling baik’.

Dia juga menjelaskan kawasan villa miliknya juga telah ditutup kepada orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kakitangan yang negatif turut menjalani kuarantin dalam bilik masing-masing.

Sementara itu, Mohamed Nazri kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan bermula Isnin.

Pada Selasa lalu, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur bagi mengumumkan penarikan sokongan beliau terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang turut disahkan positif Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!