Nazri Aziz positif Covid-19

Mohamed Nazri
Mohamed Nazri
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 pada Isnin.

Menurut laporan portal Malaysiakini, Nazri berkata, perkara tersebut disahkan melalui ujian saringan yang dilakukan beliau selepas mendapati mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 ketika sidang media pada Selasa lalu.

“Zaharin Mohd Yasin (blogger) masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19.

"Lepas saya baca blog itu, saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, beliau kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bharu, Kelantan bermula Isnin.

Pada Selasa lalu, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mengadakan sidang media di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur bagi mengumumkan penarikan sokongan beliau terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan: