Harga bawang merah, cili dijangka pulih tahun depan

Rosol (tengah) ketika melakukan tinjauan di PPS Kg Menerong, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.
Rosol (tengah) ketika melakukan tinjauan di PPS Kg Menerong, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Isu kenaikan harga bawang merah dari India serta cili merah dijangka pulih menjelang tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, harga bagi bawang merah India dijangka pulih bergantung kepada situasi semasa negara pengeluar namun akan selesai dalam tempoh terdekat.

"Harga bawang dari India meningkat ekoran masalah banjir yang berlaku di sana, mungkin menjelang tahun baharu nanti masalah ini akan selesai, bergantung kepada situasi," katanya.

Pada masa sama beliau berkata, kebiasaannya masalah kenaikan harga cili juga berlaku setiap hujung tahun disebabkan bencana banjir di beberapa tempat.

"Isu kenaikan harga cili turut dipengaruhi banjir yang berlaku. Kita jangka isu ini selesai dan harga kembali stabil pada Januari tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Menerong di Ajil di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: KPDNHEP saran pengguna guna bawang negara lain

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rosol menyarankan pengguna supaya memilih bawang merah selain dari India sebagai inisiatif serta tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan itu.

"Kita akui bawang dari India aromanya lebih enak tetapi masih ada alternatif lain yang boleh digunakan pengguna.

"Kita mohon pengguna supaya memilih bawang dari China, Pakistan atau Holland yang harganya tidak berubah dan tidak perlu membeli bawang dari India yang jauh lebih mahal," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: MAFI sedia kaji semula dasar usaha rancakkan penanaman bawang

Bawang merah kualiti rendah tetapi mahal

KPDNHEP ambil maklum isu bekalan, harga bawang