Banjir gelombang ketiga di Terengganu makin pulih

Penduduk Kg Jenang, Marang, Terengganu, Sharfina Ab Razak, 34, mengayuh sampan meninjau kolam ternakan lokan yang dinaiki air paras paha di belakang kediaman neneknya di kampung tersebut.
Penduduk Kg Jenang, Marang, Terengganu, Sharfina Ab Razak, 34, mengayuh sampan meninjau kolam ternakan lokan yang dinaiki air paras paha di belakang kediaman neneknya di kampung tersebut.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang ketiga di Terengganu yang melanda sejak Rabu lalu beransur pulih.

Sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 96 mangsa ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 20 buah keluarga itu ditempatkan di dua buah PPS di daerah Setiu dan sebuah PPS di Marang.

"Setakat ini, masih terdapat seramai 35 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di daerah Marang, manakala 61 mangsa daripada 11 keluarga pula masih ditempatkan di dua buah PPS di Setiu.

"Kesemua PPS di daerah Besut iaitu di Masjid Tempinis dan SK Tembila juga ditutup sepenuhnya hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, cuaca semasa setakat hari ini berada dalam keadaan baik dan tiada hujan.

Terdahulu, banjir gelombang ketiga kembali melanda negeri ini bermula lewat malam Rabu lalu dengan jumlah tertinggi mangsa banjir seramai 2,793 mangsa melibatkan semua lapan daerah di Terengganu.

Kesemua mangsa daripada 768 buah keluarga itu ditempatkan 79 buah PPS.

Artikel Berkaitan: