Anggota bomba Ipoh positif Covid-19

 Azmi Osman
Azmi Osman
A
A
A

KUALA KANGSAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan seorang anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh positif Covid-19.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, anggota berusia 30-an itu didapati positif Sabtu lalu kini sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Bomba dengan kerjasama Jabatan Kesihatan telah membuat ujian saringan melibatkan 11 anggota dari Team C yang kini sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing dan keputusannya akan diketahui hari ini.

“Baki 23 anggota yang lain akan melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 hari ini,” katanya ketika ditemui pada pelancaran papan tanda keselamatan di air dan pemasangan Life Saving Appliances (LiSA) di Taman Eko Rimba Ulu Kenas di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai maklumat terperinci punca jangkitan anggota tersebut.

Azmi berkata, keadaan itu tidak menjejaskan operasi apabila lebih 70 anggota balai berkenaan akan bertugas sepanjang tempoh tersebut.

“Kita mempunyai kekuatan yang mencukupi terutama bantuan daripada balai berhampiran termasuk BBP Pasir Puteh, Meru Raya, Gopeng dan Kampar.

Katanya, pihak bomba sentiasa menekankan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di balai bomba dan tempat operasi.

Artikel Berkaitan: