X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat lelaki terapung di Teluk Batik

Mayat lelaki ditemui di Teluk Batik, Lumut. - Foto pembaca
A
A

LUMUT - Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran medan ikan bakar Teluk Batik di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mayat tanpa identiti ditemui oleh orang awam sebelum melaporkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 5.45 petang.

“Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati si mati ialah lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Pulau Pangkor.

“Menurut warisnya, si mati dikatakan sering meracau dan keluar dari rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, mayat kemudiannya ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!