Pahang lulus 120.67 hektar tanah tanam musang king

Kerajaan Pahang meluluskan 120.67 hektar tanah di Mukim Tembelang dan Mukim Ulu Jengka di Jerantut bagi projek penanaman durian musang king setakat 20 Oktober lalu. - Foto 123RF
Kerajaan Pahang meluluskan 120.67 hektar tanah di Mukim Tembelang dan Mukim Ulu Jengka di Jerantut bagi projek penanaman durian musang king setakat 20 Oktober lalu. - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang meluluskan 120.67 hektar tanah di Mukim Tembelang dan Mukim Ulu Jengka di Jerantut bagi projek penanaman durian musang king setakat 20 Oktober lalu.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata, kelulusan projek pertanian itu diberikan tertakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi bagi tempoh sebelum, semasa dan selepas mendapat kelulusan.

Menurutnya, justeru pihak syarikat yang mengendalikan projek pertanian perlu menyediakan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) seperti disyaratkan Jabatan Alam Sekitar.

"Laporan itu bagi memastikan projek yang diluluskan kerajaan Pahang tidak mendatangkan kesan kepada alam sekitar.

"Pemantauan secara berkala juga akan dilaksanakan agensi terlibat untuk memastikan semua syarat dipatuhi selain garis panduan bagi penanaman durian di cerun juga akan dikeluarkan jabatan berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Zuridan Mohd Daud (PAS-Damak) yang ingin tahu keluasan tanah yang diluluskan untuk projek tanaman itu di Jerantut pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shofi menjelaskan, kerajaan juga ada menerima permohonan daripada syarikat bagi projek tanaman durian daripada tanaman asal iaitu kelapa sawit di kawasan Ulu Cheka.

Sementara itu, Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, bantuan bulanan hanya diberikan kepada warganegara yang layak sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Jika ada ibu atau bapa bukan warganegara dan mempunyai anak-anak warganegara di bawah tanggungan, pihak kerajaan boleh membantu berdasarkan keperluan dan mengikut situasi permasalahan mereka hadapi," katanya menjawab pertanyaan Leong Yu Man (DAP-Triang).

Yu man sebelum ini memohon penjelasan daripada kerajaan Pahang mengenai golongan ibu tunggal warga asing yang selalu dipinggirkan daripada sistem bantuan kewangan kerajaan, walaupun mereka bukan warganegara tapi perlu menanggung anak-anak kecil yang juga warganegara.